Pages

  • Replace This Text With Your Featured Post 1 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 3 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.

Thursday, 8 December 2011

LEMBARAN KERJA MURID

ALAT BANTU MENGAJAR


Alat bantu mengajar
Alat bantu mengajar yang digunakan ialah gelas, jag, botol susu, bekas makanan, botol minuman dan sebagainya. Alat yang saya gunakan ini biasa dilihat dan digunakan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka. Dengan pengalaman sedia ada murid, sesuatu konsep matematik akan mudah difahami dan dikuasai oleh murid itu. Murid juga akan mudah memahami tentang konsep mengenai kapasiti dan isipadu cecair. Alat yang saya gunakan untuk mengajar murid tahun 2 ialah yang mudah diperolehi, murah dan boleh digunakan untuk semua murid.
Alat-alat bantu mengajar ini sesuai digunakan untuk mengajar semua murid yang berlainan tahap. Tetapi cara perlaksanaan sahaja yang berlainan apabila mengajar murid yang lemah dan pandai.
Antara alat bantu mengajar yang biasa digunakan ialah : 
1.   Gelas
2.   Botol susu
3.   Jag
4.   Bekas minuman
5.    Bekas ais krim

Alat bantu mengajar yang digunakan di sekolah ialah :
1.    Silinder penyukat
2.    Bikar



CARA MENGAJAR MURID BERPENCAPAIAN TINGGI


Aktiviti kepada murid yang berpencapaian tinggi ( Cemerlang )

Subjek                        : Matematik
Topik                          : Isipadu Cecair
Sub topik                    : Pengukuran-pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
Objektif                      : Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan
  perbandingan terus dan bukan unit standard yang seragam
Bahan-bahan             : Botol air, cawan , gelas, jag dan baldi.
Langkah-langkah      :
1.      Murid melihat tayangan video.
2.      Murid membuat pemerhatian terhadap bekas-bekas yang berlainan jenis dan saiz di ats meja.
3.      Guru menyediakan dua bekas yang berlainan saiz di atas meja. Minta murid mengisi penuh air di dalam bekas tersebut.
4.      Bekas tersebut dilabelkan dengan A dan B.
5.      Minta murid membuat perbandingan bekas manakah yang mempunyai isipadu yang lebih dan isipadu yang kurang.
6.      Setelah murid membuat perbandingan dan jawapan diperolehi dari murid, guru perlu meminta atau menyuruh murid memberikan penerangan tentang jawapan yang diberikan.
7.      Sekiranya penerangan murid tidak jelas atau tidak tepat, guru perlu menerangkan cara untuk mendapatkan jawapan yang betul.
8.      Guru akan menunjukkan langkah-langkah yang tepat untuk mendapatkan jawapan dari perbandingan tersebut.
9.      Guru akan mengambil 2 bekas lain yang mempunyai saiz yang sama dan dilabelkan dengan A dan B juga.
10.  Bekas A dan B yang berlainan saiz yang mempunyai air akan dimasukkan semula ke dalam bekas A dan B yang kosong dan sama saiz.
11.  Setelah memasukkan air ke dalam bekas A dan B yang sama saiz, perbandingan isipadu air dapat dibuat dengan lebih mudah.
12.  Murid akan memberikan jawapan iaitu bekas A setelah mereka melihat keadaan air yang sebenar dan murid akan mendapat tahu cara untuk mengukur air di dalam bekas yang berlainan.
13.  Murid diberikan lembaran kerja yang berkaitan dengan perbandingan isipadu cecair.

CARA MENGAJAR MURID BERPENCAPAIAN RENDAH


Aktiviti kepada murid yang berpencapaian rendah ( Lemah )
Subjek                        : Matematik
Topik                          : Isipadu Cecair
Sub topik                    : Pengukuran-pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
Objektif                      : Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti.
Bahan-bahan             : Botol air, cawan , gelas dan jag
Langkah-langkah      :
1.      Murid melihat tayangan video.
2.      Murid membuat pemerhatian terhadap bekas-bekas air yang sama saiz di atas meja.
3.      Minta murid menyusun bekas-bekas tersebut di atas meja.
4.      Kemudian tanya murid bekas manakah dapat mengisi banyak air dan sedikit air.
5.      Guru menyediakan 2 bekas yang kosong dengan melabel setiap gelas sebagai A dan B.
6.      Minta murid A menuang air ke dalam bekas A separuh penuh.
7.      Minta murid B menuang air ke dalam bekas B dengan kadar yang sedikit.
8.      Minta murid membuat perbandingan di antara kedua-dua bekas tadi
9.      Perkenalkan  kosa kata penuh, separuh penuh dan sedikit.
10.  Minta murid menyusun bekas-bekas itu mengikut turutan dari sedikit ke penuh.
11.  Minta murid lain melabelkan bekas-bekas itu dengan flash kad yang disediakan ‘penuh’, ‘separuh penuh’ dan ‘sedikit’.
12.  Murid membuat perbandingan antara banyak dan sedikit air dalam bekas yang sama saiz.
13.  Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka ulang aktiviti dengan bekalan set-set bekas yang lain.
14.  Murid diberi lembaran kerja.

PENGENALAN ISIPADU CECAIR


Pendahuluan
Untuk mengajar topik isipadu cecair kepada murid tahun 2 dengan berkesan, guru perlu mengetahui beberapa aspek tentang pengukuran cecair. Sebelum masuk ke kelas untuk mengajar konsep isipadu cecair, guru perlu menyediakan perancangan pengajaran yang teliti dan menarik untuk menarik minat murid untuk belajar. Selain idea guru yang kreatif dan inovatif dalam merancang aktiviti yang menarik, ia juga sangat penting untuk memberi pengetahuan tentang konsep isipadu cecair kepada murid tahun 2. Topik isipadu cecair ini juga merupakan tajuk yang baru bagi murid tahun 2. Oleh itu, guru perlu menyusun aktiviti yang menarik untuk penekanan konsep ‘apa itu isipadu cecair?
Aktiviti yang melibatkan eksperimen sangat sesuai dijalankan untuk penekanan konsep isipadu cecair. Eksperimen yang ringkas dapat membantu murid untuk terlibat secara aktif dan seterusnya berfikir apakah yang perlu difahami tentang isipadu cecair. Dengan mengadakan eksperimen yang mudah dan menarik, murid dapat mengetahui konsep isipadu cecair dengan baik. Murid diberi untuk membuat eksperimen dengan menyukat sendiri air yang diarakan oleh guru.