Pages

Thursday, 8 December 2011

PENGENALAN ISIPADU CECAIR


Pendahuluan
Untuk mengajar topik isipadu cecair kepada murid tahun 2 dengan berkesan, guru perlu mengetahui beberapa aspek tentang pengukuran cecair. Sebelum masuk ke kelas untuk mengajar konsep isipadu cecair, guru perlu menyediakan perancangan pengajaran yang teliti dan menarik untuk menarik minat murid untuk belajar. Selain idea guru yang kreatif dan inovatif dalam merancang aktiviti yang menarik, ia juga sangat penting untuk memberi pengetahuan tentang konsep isipadu cecair kepada murid tahun 2. Topik isipadu cecair ini juga merupakan tajuk yang baru bagi murid tahun 2. Oleh itu, guru perlu menyusun aktiviti yang menarik untuk penekanan konsep ‘apa itu isipadu cecair?
Aktiviti yang melibatkan eksperimen sangat sesuai dijalankan untuk penekanan konsep isipadu cecair. Eksperimen yang ringkas dapat membantu murid untuk terlibat secara aktif dan seterusnya berfikir apakah yang perlu difahami tentang isipadu cecair. Dengan mengadakan eksperimen yang mudah dan menarik, murid dapat mengetahui konsep isipadu cecair dengan baik. Murid diberi untuk membuat eksperimen dengan menyukat sendiri air yang diarakan oleh guru.

No comments:

Post a Comment